Thursday, February 26, 2015

free counters
Free counters


Assalamualikum, dah lama pulak tak menulis dalam blog nie, sejak 2-3 tahun kebelakangan nie busy sikit. Last year baru habis belajaq, sebelum tuu aku dok kapal 2 tahun 1/2 pastu dok darat sebulan terus sambung belajaq, habis belajaq kena transfer dok KL, skrg dah 2 tahun 2 bulan, adoiiiii.

Anyway just nak inform skrg nie dah jadi rider dari LC 135 yamaha dah upgrade CBR250RR Honda ada anjakan tuuu.

lastly taruk foto ler kasi menarikkan....

LC135 Yamaha berhidmat untuk 2 tahun

CBR250RR Honda Baby Rabbit


LESEN PON DAH "B" FULLLLLL

Monday, December 19, 2011

Haven Restaurant

Assalamualikum, so last weekend sempat ler aku bawak wife gi dinner yg dijanjikan tuu alhamdulillah dia surprise juga tgk tempat tuu so menjadi ler gimik aku tuu so next anniversary sure kena bawak lg huhu apa nak buat aku dah stat so klu ada rezeki carry on jer betul tak.. Pada aku my family the most important aku akan cuba bagi yg terbaik pada dia org walaupun aku nie bukan jutawan dan hartawan tapi wang ringgit tak bermakna tanpa dia org disisi...just enjoy the view...
Aku risau jgk takut tak sempat sampai maklum ler dari Klang klu iku global positioning aku yg dalam phone aku tu dia ckp 43 minit tapi dah terlambat aku rush jgk melilau cari akhirnya last 15 minit jumpe jgk bukan apa takut my reservation dia org cancel sebab dia org ckp lambat 10 minit dia akan bg pd org lain tak ker naya anyway for those yg nak pegi situ aku nasihatkan korang park jer kat bawah pasal kat atas tu selalunya penuh klu korang malas just ambik jer valet RM 5 pastu Parking RM 5 so korang abis RM 10 mcm aku pasal malas nak naik tangga hahaha


So that all ...

Tuesday, December 13, 2011

My 8th Wedding Anniversary

Asssalamualikum w.b.t utk semua...Hari ini genaplah usia perkahwinan aku yang ke 8 perhh diam tak diam dah dekat 8 tahun aku kahwin tapi my wife look younger as before aku jer yg dah kurang rambut kat tgh kepala mungkin sebab my wife nie muda 2 tahun dari aku atau rahsia dia pakai PB http://beautifulanie.blogspot.com/ yang dia dok pakai tuu ermmm apa2 pun to my beloved wife Happy Anniversary I have already booked a special dinner this Saturday with you the place is still a secret until D-Day tak boleh bagi tau biar ler rahsia...nnt insyallah kalau jadi dinner kat situ aku upload kat sini hehehe



8 tahun dah anak 3 still Vogue and maintain :)
 So selalunya anniversary nie kita org sambut biasa-biasa jer but this year aku rasa aku kena berubah ler baru ada kemanisan dalam rumahtangga, kalau tak mcm maner nak kekal bahagia yer tak.. Dah banyak pengorbanan yang my wife curahkan so aku kena appreciate kat dia lagi pun aku sayang sangat kat dia cuma aku nie jenis yang tak pandai nak show off hehehe low profile ler katakan chehh
So pada yang sambut anniversary bulan nie aku ucapkan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat pada yang berkrisis tu bawak2 ler berbincang dan berdamai. Bukan senang nak melalui hidup berumahtangga nie berbagai cubaan dan godaan apa yang penting kesetiaan dan saling memahami serta berkerjasama kalau bergaduh tuu biasa ler tapi kita kena beralah dan berdiplomasi sekian...

Our anniversary means a lot,
Much more than any another day;
I celebrate my love for you,
And cherish you in every way.


Through passing time, our love still grows,
A caring relationship to explore;
Our life together gets better and better,
And I keep on loving you more and more

Sunday, December 4, 2011

Nurin Damia Qistina

Assalamualikum, hari aku nak cite pasal anak bongsu aku Nurin Damia Qistina. Panggilan manja dia Damia, Lahir pada 15hb Mei 2011 especially Damia nie lahir awal dari jangkaan so kebetulan pulak masa tu aku baru jer balik dari outstation kat Johor, on weekand sampai kat rumah my wife kata perut dia sakit2, kalau ikut jangkaan kelahiran pada end of that month so aku relax jer. Malam tu dia cakap sakit2 tak hilang so aku bawak pegi Hospital Besalin Razif kat klang maklum ler skrg wife dah keje dia pakai GL dia so tak kisah dah hospital swasta pun dia redah klu dulu ikut GL aku standard hospital kerajaan ler apa lagi. Bila sampai hospital my wife dijangka akan deliver mlm tu jgk so apa lg kena tahan ler dia and this is first time aku boleh join kat deliver room and first time aku nak tgk kelahiran depan mata..very excited pasal yg lepas tak merasa nak involved, dalam debaran tu sempat jgk aku rakamkan saat kelahiran tu tak lama pun dalam 15 minit Alhamdulillah syukur semuanye berjalan lancar walaupun aku dapat saksikan betapa siksanya wife aku nak bersalin time tu sakitnya tuhan sajer yang tahu..Tq my darling for your courage for giving birth our princes and prince ...
Haa nie ler Nurin Damia Qistina baru jer 3 hari nie...Nak jadi cite masuk jer 2 minggu si Damia nie mula ler nangis mcm kena sawan tak berhenti-henti mcm cite P.Ramli aka Ahmad Albab tuu dia senyap bila mata dia tutup mulut pun tutup tapi bila mata dia bukak mulut dia pun bukak dia nangis ler nangis ler. Aku punyer ler risau balik kg mintak air jampi ler tabur garam keliling rumah takut kena kacau ker tension jgk...mana ler tahu budak2 kecik nie nampak apa yang kita tak nampak pasal dulu masa Adam kecik2 dulu aku penah ada pengalaman dia kena kacau perhh meremang bulu tengkuk masa tuu on the way balik dari Kuala Kangsar ke Lumut. Sampai jer satu selekoh kat Pantai Remis terus dia dia nangis tak henti2 dah dia jer yg nampak aku tgh drive pulak masa tuu lagi ler tension nak buat apa buat dono jer ler sampai kat rumah on the way tu baca ler ayat2 Quran mana yg ingat sampai rumah last2 diam jgk...mungkin benda tu tertinggal kut pasal aku speeding entah ler hanya tuhan yg maha kuasa hanya dia yg tahu....
Nie ler si Damia tu 2 minggu lepas tu nangis punyer ler kuat satu taman tu aku rasa boleh dengar suara dia pasal dia nangis tengah malam sampai pagi time tuu semua org tido so sunyi lagi ler boleh dengar perhhh....
Nie bila kita org dah berjaya sattlekan masalah si Damia nie makan 3-4 hari jgk so lebam ler jgk mata menahan tido nak jaga dia. Ok so dari nasihat kawan wife aku kami bawa ler si Damia nie pegi urut mungkin dia terseliuh ker apa ker so kita org suruh ler kakak yg urutkan wife masa berpantang tu tolongkan so betul ler sangkaan dia org masa si Damia lahir hari tuu nurse India yang sambut dia tuu kasar sikit so dia punyer tulang dah terseliuh sikit so masa lahir tak ler effect sgt masuk 2 minggu bila dia start bergerak dah masuk angin tu yg sakit sangat dia jerit mcm ada duri lekat kat belakang letak jer jerit dan nangis tension sedih jgk tgk baby jerit tak pasal2 nie tambah anak sendiri, klu kita main bola lepas tu terseliuh dan masuh angin sakitnya kita sendiri ler yg tahu ini baby so bayangkan ler. Aku kongsi pengalaman nie dgn korang esok klu ada masalah mcm nie cuba2 ler korang bawak mengurut ok...
Damia dia nie baik senyap jer tak banyak ragam senang jaga dia, so masa dia banyak dgn bibik ler dah mak dia keje huhuhu
Tgk ler rambut dia dah panjang lebat pulak tuu dah pandai menirap kejap jer aku rasa lepas nie klu aku balik dah merangkak kut ish ish ish...
Haa korang tahu tak benda yang baru aku discover kat Damia nie bila dia dah masuk 6 bulan Si Damia nie ada lesung pipit sebelah kanan so klu dia senyum cute sangat tapi sebelah jer ok ler tuu
Ok ler semoga Damia sihat dan membesar dgn baik Insyallah aku harap anak2 aku nie semua tahan cabaran sekarang nie dunia semakin mencabar so kita kena siapkan dia org apa yg patut bukan dari segi material jer dalaman pun kena ler kuat fikir2kan ler... Ok babai...

Friday, December 2, 2011

Mohammad Adam haiqal

assalamualikum, baru jer lepas solat Jumaat hari nie alhamdulillah masih mampu lg melangkah ke rumah allah untuk menunaikan tuntutannya. Insyallah selagi ada hayat dikandung badan dan kekuatan langkah ini akan diteruskan.
Ok ler hari nia saya nak sambung cite pasal my son anak no.2 Mohamad Adam Haiqal tahun depan yg bakal menjelang dalam beberapa minggu jer lagi nie nama manja saya call dia Adam jer. Adam akan masuk 6 tahun nexr year. haa nie ler Mohamad Adam haiqal biasa ler anak lelaki mcm nie ler kadang2 ikutkan jer apa kehendak dia tapi kadang2 tu kena bertegas jgk.

Mohamad Adam haiqal nie dilahirkan di Kuala Kangsar Perak pada 8 Jun 2006 masa tu saya dekat klang bertugas so bila dapat call yang wife nak deliver dia cakap "dah nak bersalin nie bang" kita dah tak senang duduk tambah lagi klu dari klang nak ke kuala kangsar tu bukan sejam @ setengan jam makan 3-4 jam jgk. Bila dah dapat info jer terus ambik EL terus lompat masuk kete tekan minyak masuk highway PLUS tekan minyak smp habis dari klang jam 4 pg smp kuala kangsar kat hospital jan 7 pg laju ler jgk tapi klu kete saya tu ferarri mungkin setengah jam boleh make it rasanya tapi sekadar wira a/b 1.5 tu boleh tahan jgk tuu.
Nie ler gambar si Adam dgn kakak dia Nurin, masa tu Adam baru jer 5 bulan rasanya Nie kat rumah arwah mak Kg Kroh Hulu....
Nie Adam dah masuk walker dah dekat 1 tahun so byk le benda2 yg pecah time nie...
haa yg nie masa dia demam tgk tu nak kasi ubat bukan main lagi susah...nie dah pandai duduk dah 1 thn lebih...
Adam dah 2 tahun...dah pandai bergaya dah...
Nie gambar masa kat Tugu Negara...tahun 2008
Adam at swimming lesson masa nie ada 3-4 kali nak lemas jgk nie tp tak penah nak serik....
My Champion masa nie dia dpt no 1 sukan tadika dia...
Next year Adam ada 1 thn lagi pakai baju nie pastu dah kena mcm ayah, Ibu dan kakak jgk ler keluar pg  balik ptg nak buat mcm manerkan dah trend hidup kat malaysia mcm tuu klu kita org kaya duduk umah jer org dtg keje atau ajar ngan kita betul tak..
This is latest pic of Adam Real Madrid FC...So bila dah 2nd kid nie aku lagi kurang idea nak cite pasal apa sebab makin dia org membesar makin jauh aku dari dia org...So masa yang diperuntukkan pada dia org amat terbatas sekali...klu boleh aku garb peluang jadi cikgu dulu lg bagus pegi sekolah dgn dia org balik sekolah boleh jumpe dia org dan byk masa dapat diluangkan dgn dia org semua huhuhuhu
Ok ler dah smp masanye aku berenti disini nak bersiap balik kuala kangsar tgk nurin mak dia hantar duduk dgn tok dia sepanjang cuti sekolah nie dia mana penah berenggang dgn mak dia...klu dgn ayah dia selalu ler so next nnt aku cite my latest princess Nurin Damia Qistina special sgt dia nie...byeee

Wednesday, November 30, 2011

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Nurin Mastura

Hari nie aku nak cite pasal anak aku yang sulung. Nurin baru jer habiskan Darjah 1 dia tahun nie so next year dah masuk darjah 2. Dia aktif dan cerdik cam mak dia jugak klu iku aku nie paham2 jer ler hehehe.

Nie gambar nurin masa selepas 7 jam dia lahir...dia lahir kat Lumut 21/9/04. Masa 1st time dapat baby panic jgk aku nasib baik arwah mak mentua ada so dia lah yang ajar apa nak buat dan apa yg patut buat...
Masa dia nak lahir tu aku dah bawak wife pegi hosp tp nurse tu ckp lmbt lagi so dia suruh aku balik dulu..masa kat umah aku dah tertidur pulak sedar2 dah jam 5 pagi kelam kabut ler pegi hosp nasib baik hosp tu depan rumah jer klu aku berlari pun smp tp mengah jgk ler. Smp kat hosp aku tgk sekeliling senyap jer so aku tanyer nurse tu wife aku dah deliver ker so dia kata dah jam 1.30 pg so aku punyer ler tension sebab td nurse tu ckp dia nak call aku klu jd apa2 kat wife aku risau jgk apa ler nurse tu alhamdullilah semua ok pegi tgk baby dia tidur mcm tuu ler aku pun ambik dan azankan so baby yg tidur tu terus bangun dan nangis satu hosp suara dia jerr panik kejap aku pas dia diam aku pun bawak balik apa yg patut uruskan dan on the way balik terus belum decide nak letak nama apa dalam perancangan dah ada so kita org combine nama nurin dgn mastura lekat ler smp sekrg nie..

nie gambar masa nurin 3 bulan so dah dapat baby nie lepas keje terus nak balik rumah jer excited semcm ler katakan...klu ikut2kan time nie aku busy sungguh selalu outstation tp aku cuba jugak luangkan masa dengan nurin...hopefully dia paham ler ayah dia busy...wife aku pun time nie tak keje lagi so tak ler aku risau sgt....
haa yg nie nurin dah nak masuk 3 tahun bila dah besar mcm nie biasa ler mcm2 hal..
nurin dah 6 tahun... time nie dia dah pandai membaca dan menulis so bila masuk sekolah rendah nnt tak ler susah sgt cikgu nak mengajar dia...
nie pic latest nurin masa nie aku ambik kat Jusco Bukit Tinggi Klang....dah besar dah anak dara aku nie ok ler that all my story nnt next entry aku story anak aku yg no.2 pulak....

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com